Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Pesanan Buat Kawan



Kawan,
Apalah salahnya andai bertanya secara baik
Apalah salahnya berkata yang hikmah
Apalah salahnya bertutur yang indah
Walau hati sedang menggelegak marah

Kerana yang mendengar juga ada hati yang tidak mati
Kerana yang menerima ada jiwa yang tidak kau kenali
Kerana yang bakal membalas kata2 ada amarah yang tak tertunjukkan
Kerana yang berdiri membatu bukan manusia tanpa rasa

Kata2 indah itu kan manis bunyinya
Kata2 indah itu kan sedap didengar telinga
Kata2 indah itu kan tuntutan agama
Kerana kata2 indah itulah tercetus maaf walau x dipinta

Kenapa mesti nak menunjukkan kuasa yang kononnya ada
Kenapa mesti nak menyakitkan hati dan halwa telinga
Kenapa mesti nak tunjuk hebat kalaupun benar
Kerana ALLAH MAHA HEBAT yang mungkin kau tak sedar

Sudahlah tak menangnya yang menang
Tak kalahlah yang katanya kalah
Kerana dua jiwa telah mati dirasuk syaitan
Kerana dua jiwa telah bermusuhan
Yang kalah itu menjadi abu
Yang menang itu menjadi arang

10:27am
18.10.2013