Kau Satu Dalam Seribu
Indah mentari semalam masih berseri
Seindah cahaya silaturrahim yang kau ciptakan
Dingin embun malam masih menitis
Sesejuk bayu kasih yang kau hulurkan
Walau mungkin mentari itu kan hilang
Kerana munculnya sang rembulan
Walau hukum alam embun itu kan kering
Kerana ganasnya mentari melontar bahang
Namun,
Sesungguhnya aku percaya
Walau airmata ini pantas menitis
Ia pasti disulam rindu
Ia kemas dijalin cinta
Kerana silaturrahim ini takkan bisa digugat
Walau berpisah beribu batu
Walau dimamah sejuta tahun
Kenangan bersama pasti terlipat
Dilubuk hati yang paling menyayangi
Kerana aku pasti,
Di hati ini,
Mekar Senyummu, tak mungkin akan luput
Kerana aku yakin,
Di diari ingatan ini
Ikhlas nasihatmu tak bisa akan lekang
Kerana catatan tinta di kalam hati
Menyatakan...
Kau satu dalam seribu..
11:25pm
15 Nov 2010