Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Kau Yang Aku Kenali


Mungkin orang lain tidak kenal dirimu
Mungkin orang lain hanya kenal namamu
Mungkin orang lain bercerita tantangmu
Mungkin orang lain berkata-kata paras dirimu
Namun,
Aku berdiri bersamamu
Aku melihat tingkah tarimu
Aku menyayangi ikhlas hatimu
Aku mengagumi tutur bicaramu

Kau tak pernah gah dengan gelaranmu
Walau gelaran itu impian wanita lain
Kau tak perlu meninggi riak pangkatmu
Namun kau tetap tinggi di hati kami
Dengan lemah lembut tuturmu
Dengan manis garis senyummu

Bagaimana harus aku khabarkan
Perpisahan ini tidak aku dambakan
Namun ketentuan DIA tak mungkin terhalang
Bersama-sama doa dan sujud kuiringi perpisahan ini
Biar esok yang hadir memberi syafaat
Biar esok mentari muncul bersama hidayat
Kerana esok silaturrahim ini pasti lebih erat
Walaupun jauhnya semakin menjurang
Walaupun rindunya kan makin sarat
Kuharapkan jaringan tercipta kan makin rapat

Rindu pada perpisahan ini kan pasti ada
Kerana esok tarimu itu kan jadi kenangan
Senyuman manis itu kan jadi sejarah hati
Nasihat dan gurau sendamu kan jadi muzik klasik
Kan menjauh dan terus menjauh
Namun,
Hati ini yakin, hati ini tahu
Bait-bait ayatmu kan jadi pedamping
Patah-patah bicara nasihatmu kan jadi penawar
Tangkal untuk jalan masa hadapan
Cahaya untuk malam kegelapan

Kerana aku tahu
Dirimu yang ada disini
Dan akan menjauh di hari esok
Adalah insan yang DIA kurniakan rahmat
Yang DIA datangkan ilham untuk menamakanmu
Datin Azizah Othman..

9:40am
16 November 2010
~to someone special, requested from my lovely sista'~