Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Terima Kasih Sayang..


Sayang,
Rindu ini baru permulaan
Kasih ini baru putiknya
Cinta ini baru tunasnya
Namun,
Permulaan itu telah bertemu akhirnya
Putik kasih itu hilang mekarnya
Tunas cinta ini layu bersama angin lalu

Kubayangkan diri ini dalam dakapan kasihmu
Kuimpikan diri ini jatuh dalam pelukan hangatmu
Kudambakan rindu ini manis disambut
Kuinginkan cinta ini terus mekar menghias taman hati yang merindui

Namun, aku silap menilai diri
Aku disini bukan untuk siapa-siapa
Aku pasrah kerana cinta itu
Tidak tersurat untukku..

Terima kasih sayang..

12:39am
19 Nov 2010