Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Lebuhraya Kehidupan



Di lebuhraya ini
Laluan gelap sepi menakutkan
Bagaimana harus jalan ini aku lalui
Keseorangan dalam pekat malam

Di hadapan itu ada cahaya
Namun tidak pasti dari mana
Mungkinkah ada keluarga kaya di sana
Membuat rumah atas bukit
Menelusuri denai yang banyak
Rumah-rumah kecil di kiri kanannya

Di belakang masih tetap hitam
Pekat bagai kopi tiada gula
Berbalam-balam mengukir corak abstrak
Ada corak merah darah di merata-rata
Bagai cermin pantulan cerita semalam

Akan tetap aku lalui
Lebuhraya yang masih gelap ini
Dengan harapan masih ada cahaya
Walau datang dari pondok buruk
Yang selimut tuannya dari perca terbuang
Yang lantai tidurnya dari tanah merekah
Kerana hati ini
Telah terpahat di sini sejak lebuhraya ini
Aku lalui..

2:40am
28 Nov 2010