Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Cermin ini


Keseorangan di sini
Berteman suram cahaya lampu
Aku duduk di hadapan cermin
Merenung hari esok yang tak pasti

Mengapa cermin ini seolah kelam
Adakah esok yang akan hadir
Membawa semilir dengan hujan lebat
Atau membawa bayu yang menghembus ganas

Atau adakah hanya hati ini
Yang gundah memikirkan hari esok
Kerana diri masih sendiri
Sedangkan usia menambah angka

11:19pm
2 Disember 2010
Shahzan Inn, Kuantan, Pahang, Malaysia