Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Langkah Hari Ini


Aku duduk di sini
Sedang mereka di sana
Di meja masing-masing
Dengan agenda yang sama
Membawa nama yang gah
Bercerita kehebatan dengan pelbagai rencah

Membawa misi yang sama
Memberi peluang anak bangsa
Memilih yang berkenan di hati
Memilih yang sesuai diri
Memilih yang rezekinya mungkin di sini

Hidup ini bukan mudah
Walau dihidang makanan lazat
Walau disaji duit berjuta
Usaha pasti seiring masa
Agar hidup diselubungi bahgia

Ayuhlah anak bangsa
Duniamu masih luas untuk kau teroka
Kerana jauhnya ia dari jangkauan kita
Andainya ilmu cetek di dada
Usah kau karang bahagianya merdeka
Kerana esok kelam atau putihnya belum pasti
Namun, langkahnya pasti bermula hari ini

10:34am
3 Disember 2010