Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Ciuman Kasihmu


Terjaga aku dari tidur
Namun kau tiada di sisi
Kenapa semalam mimpi itu datang lagi
Menakutkan andai benar-benar terjadi
Cinta ini kan hancur lebur
Bagai kristal jatuh di perdu batu

Hati ini berdebar-debar tatkala siang menjelma
Risaukan mimpi semalam andai jati nyata
Aku bakal kehilangan sinar kasih
Yang datang bersama hujan lebat lewat kelmarin
Yang menyapa kemarau rindu di hati

Dimanakah kau sang pencinta
Jangan terus berada jauh
Kerana aku kan terus sakit dan merindu
Pada sinar mata dan ciuman kasihmu

11:17pm
14 Disember 2010
Rumah Wang Ulu