Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

Sunyi


Kehidupan ini baru bermula
Bersama semangat ingin terus berada di mercu
Walau hidup ini hanya sendiri
Namun dia tetap berada di sisi
Jiwanya sentiasa menabur kasih
Cintanya sentiasa menyala di kalbu

Mungkin susah untuk aku nyatakan
Hidup sendiri sentiasa sunyi
Walau berteman hiruk pikuk jalanraya
Walau bersama gelak tawa rakan
Walau dibelenggu jerit pekik suara songsang
Sunyi tanpa dia tetap bertamu

Wahai Hati,
Kuatlah kau bersama diri ini
Menongkah arus badai esok hari
Semoga dia kan kembali ke sisi
Bersama alunan cinta merdu
Bersama mainan seruling bambu..

7:21 pm
16 Disember 2010
Rumah Nibong Tebal