Followers

Love!

Daisypath Anniversary tickers

#Bajet2014



Dah namanya manusia
Lebih suka tgk yang negatif saja
Walau yang positif itu berkali ganda
Walau yang baik tu dia pun dpt juga

Bila umum bonus dia kata dah biasa
Kena kutuk lg sebab dapat setengah bulan aja
Tak terfikir ke dia bonus tu pun duit juga
Cer riki ada ke orang nak bagi dia duit banyak tu saja2

Pasal bonus tadi dia lupa dah
Sebab GST 6 % dia jadi marah
Aku nak ulas banyak pun bukan pakar bertauliah
Jadinya planla camana nak jadi bijak belanja berhemah

Gula naik memang ramai yang hangin
Sebab minum perlu gula bukan garam masin
Tapi ramai jgk yang sokong sebab kesihatan depa prihatin
Pastu nak puaskan sapa..kalau jadi kerajaan..aku pun pening

Bajet dah bentang malam dah menjelang
Yang dapat BR1M tu sure sengih panjang
Yang tak dapat tu, istigfarlah bagi tenang
Rezeki Allah dah tentukan ketika susah dan senang

Bila tanya kawan yg dtg dari seberang
Dia kata kat sana semua bajet ditutup tak dipampang
Kita kat sini siap live tv, internet punyalah nak bagi jelas terang
Nak kata apa lagi.. ALHAMDULILLAH diucap jangan kurang

Bulan Januari..
Aku tunggu kau datang..
Hehe.. 

12:40am
26/10/2013
Inspired by : #Bajet2014

Penghargaan Manusia



Asal nak tgh malam ja
Idea sampai free2 ja
Semua gara2 tgk cita
Sampai terbawa2 pencetus kata


Manusia ni memang selalu lupa
Walau diingatkan tetap lupa
Yang ada depan mata dibuat sia2
Bila dah takde baru nak cari macam nak gila

Harta benda memang perlu
Tapi bukan kena kerja mcm rehat tu tak perlu
Apatah lagi kalau diri tu sendiri ada yang tunggu
Takkan nak buat yang tunggu tu jadi kayu

Hidup kaya raya memang suka
Tapi bukanlah sampai kena beli masa
Sampaikan hal hidup mati pun amik sambil lewa
Apa kau ingat kaya tu boleh ke beli nyawa?

Tu aku kata tadi bila dah takde baru nak cari
Nak cari apanya kalau jasad dah ada bawah tanah 7 kaki
Time tu semua menyesal dah guna pun lagi
Sedekah Al-Fatihah lagi bagus supaya Allah berkati

12:08am
25/10/2013
Inspired by cerita Fira Ayuni @ tv3 (episod mak Fira meninggal)

Suami Isteri



Bila nak lelap idea datang
Nak dibiarkan takut melayang
Nak capai pen malas nak pegang
Jadinya taip kat fb cara paling senang

Suami isteri tu bukan cuma nama
Atau gelaran yang takde makna
Atau panggilan yang suka2
Atau perkataan yang zero maksudnya

Suami isteri itu besar maknanya
Kena ada ijab qabul baru sah nikahnya
Kena ada wali dan saksi yang bukan gila
Kena ada rasa dan ada jiwa

Suami isteri itu ibarat malam dan siang
Kalau satu takde akan nampak pincang
Kalau satu salah, yang lagi satu kena pandai bincang
Kalau satu marah, yang lagi satu kena pandai bagi tenang

Suami isteri tu antara perempuan dan lelaki
Ada yang kata suami isteri tu laki bini
Tapi aku x suka nak panggil suami tu laki
Sebab dia kan tarafnya Allah letak tinggi

Suami isteri tu sebenarnya anugerah Allah
DIA dah tentukan walaupun kadang2 asyik rasa salah
Tentu ada sebab musabab yang munasabah
Jadinya, xyah persoal soalan yang susah2
Jalankan tanggungjawab yang Allah dah serah
Semoga rumahtangga aman dan sentiasa dalam barakah

Aamiin..Alhamdulillah..

1:14am
24/10/2013 — feeling loved.

Pendirian



Cakap salah..x cakap salah..
Tp lebih baik diam drpd bercakap yang salah..
Diam bukan bermakna kalah..
Tp diam sebab taknak berbalah

Dia ada hujah dia..
Aku ada fakta aku..
Dia nak kata ikut suka dia..
Aku pun boleh kata ikut suka aku..
Tapi cam pelik yang simple pun berlarutan panjang berjela sampai semak wall kawan tu..
Memang tak abis lawan cakap ngan cerdik pandai mcm tu..

Last skali baik aku tarik selimut.. Tutup mata..tutup buku
Biar esok cerah biji mata nak ngadap komputer aku tu..
Semoga sama2 la kita dikurniakan kebijaksanaan yang diperlu..
Dan diberikan kesihatan baik untuk kita sekali lagi bertemu..

Sebenarnya apa aku tulis pun aku tak berapa tahu..
Sebab sakit kepala dah menyerang awal dulu..
Tapi aku sure dapat cari jawapan kalau bukak buku..
Cuma kalau bukak blog tu ntah betul ke x faktanya aku tak tau..

Senang macam nilah...
Aku tido dulu..

11:04pm
22/10/2013 — feeling great.

Pesanan Buat Kawan



Kawan,
Apalah salahnya andai bertanya secara baik
Apalah salahnya berkata yang hikmah
Apalah salahnya bertutur yang indah
Walau hati sedang menggelegak marah

Kerana yang mendengar juga ada hati yang tidak mati
Kerana yang menerima ada jiwa yang tidak kau kenali
Kerana yang bakal membalas kata2 ada amarah yang tak tertunjukkan
Kerana yang berdiri membatu bukan manusia tanpa rasa

Kata2 indah itu kan manis bunyinya
Kata2 indah itu kan sedap didengar telinga
Kata2 indah itu kan tuntutan agama
Kerana kata2 indah itulah tercetus maaf walau x dipinta

Kenapa mesti nak menunjukkan kuasa yang kononnya ada
Kenapa mesti nak menyakitkan hati dan halwa telinga
Kenapa mesti nak tunjuk hebat kalaupun benar
Kerana ALLAH MAHA HEBAT yang mungkin kau tak sedar

Sudahlah tak menangnya yang menang
Tak kalahlah yang katanya kalah
Kerana dua jiwa telah mati dirasuk syaitan
Kerana dua jiwa telah bermusuhan
Yang kalah itu menjadi abu
Yang menang itu menjadi arang

10:27am
18.10.2013

Dia suami..





Dia suami..

Dia bukan manager
Bukan juga digelar tauke
Dia bukan tuan punya
Bukan juga dipanggil Boss


Dia tak punya harta berjuta
Juga tidak wang bertingkat
Dia tak punya emas berjongkong
Juga tak miliki syiling setalam

Namun dia sentiasa di sisi
Ketika susah dan senang
Sering di hadapan mengimami
Ketika selesai sejadah dibentang

Walau dia tak punya 
Apa yang orang lain banggakan
Dia tetap Raja dihati
Kerana syurgaku dia punyai
Kerana Allah berikan dia padaku
Atas nama suami

Bangsa aku MELAYU !!



Salahkah aku bercerita tentang bangsaku?
Salahkah aku bercerita tentang perit jerih bangsaku?
Salahkah aku berlipur lara gagahnya sejarah bangsaku?
Salahkah aku berpuisi tentang budaya bangsaku?

Mengapa aku dikatakan mementingkan bangsaku
Hanya kerana aku bercerita tentang MELAYU
Mengapa aku dikatakan menidakkan bangsa lain
Hanya kerana bangsaku namanya dicanang dipalu

Kolotkah aku kalau bercerita tentang bangsaku?
Ketinggalankah aku kalau berbangga dengan bangsaku?
Dayuskah aku kalau aku menyanjung bangsaku?
Bodohkah aku kalau bangsaku namanya MELAYU?

Aku tidak sedih hanya kerana mereka menang
Namun aku terhiris oleh kerana bangsaku kalah
Aku tidak pilu kerana mereka bersorak riang
Namun aku terluka kerana bangsaku menitis airmata 

Mereka telah lama mahukan kita begini saudaraku
Mereka telah dambakan kekalahan kita bangsaku
Mereka telah lama merencanakan hari ini sahabatku
Kerana itu, mereka sedang gelak ketawa melihat kita

Jangan ulangi kisah Pak Pandir
Jangan warisi malangnya Si Lebai
Aku takut anak cucu kita esok memaki orang tuanya
Kerana meninggalkan mereka MELAYU yang lemah
Kerana mewariskan mereka Tanah MELAYU yang kontang
Kontang dengan Syiar Islam.. 
Tandus dengan muafakat MELAYU

12:26 pm
Mersing, Johor
MODE : Biarlah aku dikatakan kolot kerana bercakap tentang bangsaku yang namanya MELAYU..

Johor Negeriku



Johor tanahairku, tanah tumpah darahku
Malaysia negaraku, tempat bersemadi cintaku

Patriotik anak Johor tidak sama mungkin tidak sebulu
Namun kami bukan rasis tak tentu hilir hulu


Kami hidup aman damai sentosa bahagia

Bukan sebab kami kamis rasis atau susah nak terima lain bangsa
Tapi kerana kami memahami tata hidup berlainan bangsa
Itu sebabnya kami tolak pengkhianat negara

Tak perlu tabur janji kosong
Kami bukan mudah untuk kau nak bohong
Johor dah lama maju, tetiba ko datang konon nak tolong
Tak payahlah, ngabis masa je ko kempen sambil bohong

Memang Johor lain sikit dari yang lain
Kami takde loghat berbeza dengan bahasa lain
Tapi kami sayang dan cinta perpaduan bukan main2
Jadinya, pergila ko cari makan kat tempat lain

Ipoh timur dah tolak ko nak datang sini pulak
Org johor pun dah dah tahu dan dah nampak
Ko tukar tempat cuma sebab nak cari tapak
Sebab dalam hati nak kuasa kalah orang tamak

Wahai orang Johor, sedarlah siapa kita
Selama ni kita selesa dan bangga dengan bangsa kita
Bukan bermakna kita perlekeh lain2 bangsa atau budaya
Tapi sebab kita pertahan maruah Bangsa, Agama dan Negara

Sikit lagi aku nak cerita
Fakta sejarah jangan kau lupa
Kita tahu Johor kubu kuat pertahan budaya bangsa
Kerana UMNO lahirnya bukan di jalanan tapi di ISTANA!!

MODE : UMNO ditubuhkan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946