Kemaafan Yang Dipinta
Rindu sang isteri
Perjalanan Yang Bernama UniMAP
Permata Hati Kami

Tika inai masih di jari
KAU kurniakan permata hati kami
KAU hadirkan benih cinta kami
KAU berikan zuriat kasih kami
Bersujud syukur pada MU YA ALLAH
Kerana KAU, hati kami disatukan
Kerana KAU, cinta kami ditautkan
Kerana KAU, pernikahan kami disaksikan
Terima kasih pada MU YA RABBI
Dengan izinMU, bakal anak Adam akan dilahirkan
Bakal anak Hawa bakal meilhat dunia
Bakal zuriat kami bakal bernyawa
Berikanlah kami zuriat yang soleh
Berikanlah kami permata yang solehah
Kerana hanya KAU PEMILIK Yang KEKAL
Kerana hanya KAU yang kami SEMBAH
1:554pm
5 Septmber 2012
School of Civil Eng
[MODE : Pregnancy Test Done!]
Medan Ini

Telah lama kutinggalkan medan ini
Medan berkongsi rasa hati
Bukan kerana hati telah benci
Namun masa tidak bersama
Medan ini kembali mengingatkan aku
Tatkala cinta bersambut
Rindu tidak bertepi
Ketika cinta bertaut
Sayang seribu kali
Medan ini menemukan aku dengan cinta
Yang hingga ke hari ini masih menyintai
Yang membuahkan benih kasih
Yang mencambahkan zuriat cinta
Yang menganugerahkan rindu mesra
Medan ini aku datangi
Atas sebab rindu menggila
Pada dia yang bergelar suami
Walaupun hanya baru semalam dia pergi
Menunaikan tanggungjawab menjadi IMAM di hati
1.41 pm
4 September 2012
School of Civil Engineering
[MODE : ALHAMDULILLAH]
Dia Imamku

DIA pernah datangkan yang lain
Namun DIA datangkan benci dalam hati mereka
DIA datangkan ranjau dalam hati ini
DIA datangkan perpisahan pada pertemuan
DIA akhirnya datangkan kau
Yang menjadi pemimpin ke akhirat
Yang menjadi pelindung kala khauf
Yang menjadi penghibur kala lara
DIA telah tetapkan namamu di Loh Mahfuz
Yang akan menyayangiku
Yang akan menyintaiku
Yang akan bergelar suamiku
Yang akan memimpin solatku
Sesungguhnya DIA telah datangkan
IMAMKU..
5:59pm
23 Julai 2012
3 Ramadan 1433
Rumah Penang
[MODE : Ramadan Pertama]
Kutinggalkan daerah ini

Kalau dulu
Daerah ini kutinggalkan
Kerana rasa kecewa,
Kerana rasa derita
Kerana rasa sendiri
Hari ini
Sekali lagi
Daerah ini kutinggalkan
Bersama rasa syukur
Bersama rasa cinta
Diiring rasa ingin bersamamu
Hari ini
Daerah ini kutinggalkan
Agar esok aku kembali
Bersama restu Ilahi
Bersama jawapan kepada cinta kita
Bersama nama yang baru..
2:57pm
25 Jun 2012
School of Civil Engineering
[MODE : Kembali ke tanah asal]
Kisah Kita

Aku tidak tahu tentang esok
Aku juga tidak tahu tentang sesaat nanti
Namun, aku tahu bicara semalam
Aku arif peristiwa kelmarin
DIA pernah temukan kita
Dalam kenal tanpa suara
Dalam nampak tanpa cahaya
Dalam ingatan tanpa memori
DIA temukan kita lagi
Dalam maya bersama rindu
Dalam khayalan disulam cinta
Dalam impian dijahit mimpi indah
Kerana itu,
Aku ingin tahu tentang esok
Aku ingin tahu tentang sesaat nanti
Kerana aku mahu sentiasa kau ada
Disisi menemani, menjaga, dan menyayangi
12:48 pm
10 Jun 2012
Rumah Penang
[MODE : Syukur]
Permulaan Esok

Mengapa sering ingin tumpah
Adakah kerana tajuknya akan berubah
Atau kerana yang disayang telah pergi
Bersama doa dan iringan zikir
Esok yang ditunggu hampir tiba
Namun mengapa rasa debar yang menggila
Semoga semuanya berjalan lancar
Dirahmati Yang Maha Kuasa
Semoga perjalanan esok pembuka pintu
Taubat, pahala, rasa cinta dan cita
Agar ianya awalan perjuangan
Hidup berdua, cinta bersatu
9:25pm, 19 Mei 2012
Rumah Penang
[MODE : dup dap dup dap]
Kau Satu
Stanza cinta kita bermula
Ketika hati telah mati
Angkara cinta dulu didusta
Namun TUHAN MAHA KAYA
Kau sampai pada waktu
Tiba pada masanya
Cinta itu sekejap mulanya
Namun berpanjangan hayatnya
Sehingga hati ini berkata cinta
Sehingga maut menjemput jiwa
Andai patah sayap pasti terbang jua
Aku ingin disampingmu
Menjalin rasa agar jadi beribu
Menganyam rindu agar jadi Satu
Memahat kasih agar jadi jitu
Kerana hanya kau yang Satu
Dihatiku, dijiwaku, disisiku
Satu..
3:29pm
16 Februari 2012
School Of Civil Engineering
MODE : Akad










